Meskipun pelbagai pihak meramalkan BN akan mempertahankan kerusi dewan undangan negeri Tenang, pada pilihan raya kecil esok, namun Umno terus memperkuatkan cengkamannya dengan berkempen di kubunya di Felda.
Namun isu yang dibangkitkan jauh berbeza dengan modal yang dijaja oleh rakannya MCA. Jika MCA cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina mengenai hasrat PAS menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa, pemimpin Umno pula sibuk mendakwa PAS telah hilang nilai-nilai keislamannya.
Kat sini pun Rakyat boleh menilai siapa yang sebenarnya Hipokrit, berpura-pura dan menggunakan konsep Mascheville, pada suatu ketika rakan sepeniduran MCA menyatakan PAS akan menegakkan Hukum Islam kalau berjaya memerintah disokong pula oleh raja penipu Muhyiddin...... UmNooOO pulak menyatakan PAS telah hilang prinsip memperjuangkan hukum ISlam.... Tapi UmNoooOOO tu ikut sangat ke hukum ISLAM.... Acu, cuba, try tengok pemimpin UmNOooOOO berapa orang bini pemimpin UmNooo yang pakai tudung... Bini PM pakai tudung ke...??? Bini ISA pakai tudung ke...???? Nilai sendiri le ... siapa yang lebong...???
Sebelum ceramah kelompok BN di Felda Tenang malam semalam itu dimulakan, kira-kira 80 penduduk tempatan dijamu mewah dengan kenduri sambil dihiburkan dengan lagu dendangan Allahyarham Sudirman.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam kemudiannya terus ke pentas dan mula membidas PAS.
"Bila PAS sertai DAP, mereka hilang nilai-nilai Islam. Ni pun dah kira bodoh juga... Bila PAS sertai DAP ???
"Di Bukit Beruntung, mereka tidak lagi melaungkan takbir selepas cermah,” perlinya. Program sapa tu... kalau anjuran DAP.... takkan le kita nak takbir bodoh.... kalau nak fitnah tu biarlah bagi fakta yang tepat.... Semua orang tahu kalau di Melaka... mana -mana ceramah PAS yang diluluskan..... mesti akan bertembung dengan ceramah UmNooooOOO ... diadakan setempat kengkadang bertentangan rumah... Ni prinsip Islam ke Ali Setan...???? (labeling UmNooo Melaka kepada Ali Rustam..... tak caya , pi tanya UmNooOO Melaka yang tak sekepala dengan dia)
Maafkan kafir!
Ali turut menjadikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik sebagai sasarannya dan berkata menteri besar Kelantan itu, memaafkan golongan kafir atas kesalahan yang dilakukan.
“Sebagai contoh, semasa bulan puasa MP Serdang, Teo Nie Ching masuk ke sebuah surau menyampaikan tazkirah. Macam mana seorang bukan Islam boleh beri tazkirah di masjid tanpa rambutnya ditutup.
Memanglah sesuai kalau dipanggil sebagai Ali Ketam.... mengajar anak jalan lurus...tapi dia berjalan senget..... Teo Nie Ching tu belum Islam.... yang Rosmah berucap dalam Masjid tanpa menutup aurat.... apa plak hujah kamu....????? Nanti Org Mude masukkan gambar RM bertudung " Woddy Wood Packer" di dalam masjid merasmikan program....
"Bila kita tegur, mereka kata Umno tak faham Islam.
APa yang UmNooo faham tentang Islam.... Mungkin UmNooo faham mengenai Islam Hadhari....tapi bukan Islam sejati.... Ada ke Islam menyatakan boleh makan duit rasuha... atau UmNooo istilahkan upah kerja.... Ada Islam kata, orang Perempuan tak perlu tutup aurat.... UMNOoo faham ke...???? Kalau faham kenapa tak ikut.....????
"Sama juga dengan (ecxo Selangor) Elizabeth Wong. Bila skandalnya didedahkan, PAS terus mempertahankannya dan berkata kesian. Malah Nik Aziz juga dilaporkan memaafkannya dan berkata dia boleh sambut tugasnya.”
"Ini jelas maksiat dan dia sepatutnya boleh dirotan 100 kali. Dia telah bawa malu yang besar kepada PAS, PKR dan Pakatan Rakyat dan semua ini salah Nik Aziz,” kata Ali dan seterusnya melancarkan serangan ke atas Wong.
Itulah pasal... bila PAS kata UmNooo tak faham Islam... marah.... tapi itulah hakikatnya...Memang UmNooo bukan sekadar tak faham Islam bahkan..... JAHIL..... Ooooiiiii Ali Ketam... orang bukan Islam mana ada termasuk dalam hukum hudud.... bengong.... Hukum hudud atau kisas hanya dijatuhkan kepada orang Islam macam kamu aje... Islam ke...???
Kenapa PAS pertahankan Wong ... bukan kerana dia memepertahankan skandalnya.. Tapi perangkap yang dibuat oleh anak orang UmNooo... Wong diperangkap.... oleh siapa...??? Anak pemimpin UmNooo Pahang... apatah lagi Wong belum islam lagi......
Tapi UmNooo yang banyak mempertahankan skandal pemimpin mereka... Siapa yang bunuh Muntakizah...??? Siapa yang kena tangkap di hotel PD, kes Rais Yatim.... banyak lagilah... tak termasuk kes Datuk JJ yang raba punggung....
Sementara itu, bekas ketua penerangan PKR, Datuk Ruslan Kassim yang juga naik ke pentas berkata beliau tidak mengiktiraf Pakatan Rakyat.
"Saya tak mahu panggil mereka Pakatan Rakyat. Bagi saya, mereka cuma Pakatan Pembangkang.
"Mereka hanya tahu untuk membangkang, tahu nak memanipulasi fakta yang palsu (supaya)nampak benar. Nampak (mereka) yang betul, menyebabkan orang terpukau dan tersilau. Rupa-rupanya mereka berbohong," katanya.
Menurutnya parti pembangkang hanya suka "mengambil kesempatan" bagi merealisasi hasrat mereka untuk menawan Putrajaya.
Katanya, gabungan itu menggunakan "kehebatan" mereka dengan memberi persepsi negatif kepada rakyat terhadap BN dengan gambaran bahawa parti itu adalah "makhluk hina, zalim dan mengamalkan rasuah".
Ustaz Ruslan yang berseluar pendek..... Siapa yang amalkan rasuah...??? Siapa yang anda maksdukan manusia hina, zalim tu...??? Kenapa anda keluar dari PKR ??? bukan kerana tertindas apabila tak dapat projek, bukan ke begitu...????
Jual agama
"Segala keburukan adalah daripada Umno. Dan mereka menggambarkan Pakatan Rakyat seperti kerajaan dewa-dewa, penuh dengan ketelusan, kebaikan, membela rakyat dan tidak ada kronisme.
"Seluruh yang baik-baik daripada mereka dan seluruh yang jahat daripada kita (BN). Dan ramai juga percaya, terpengaruh dan terpukau sehingga akhirnya terpangkah dan terundi (mereka)," katanya.
Menurut Ruslan yang juga seorang peguam, Pakatan Rakyat mengamalkan prinsip yang diperkenalkan oleh Niccolo Macheavelli iaitu "matlamat menghalalkan cara" dengan berbuat apa sahaja antaranya mempengaruhi rakyat demi mendapat kuasa.
Hahhaa... tok sah kata le Bohhhh.... rakyat jelata dah tahu sapa yang rasuah... Adakah anda nak katakan TGNA makan rasuah...???
"Mereka kata, siapa masuk PAS dapat pahala dan masuk syurga. Siapa undi Umno dapat dosa dan masuk neraka...Islam bukan eksklusif puak atau mana-mana kumpulan.
Ruslan oooiiiii.... itu persoalan simple le.... Kenapa sokong PAS dapat pahala.... salah ke... kalau sokong menegakkan hukum Islam tu dikatakan dapat pahala... salah ke.....
Salahke kalau kenyataan undi UmNooo dapat dosa.... Kenapa tak dapat dosa kalau kita undi orang yang menolak hukum Hudud sebagai hukum Kerajaan... ??? Tak berdosakah kita kalau undi orang yang membenarkan arak sebagai hidangan, judi sebagai taruhan.... pemimpin yang menolak Islam sebagai cara hidup....??? tak berdosa ke...???
"Mereka berbuat apa sahaja sehingga keselamatan, kestabilan ekonomi dan perpaduan (menjadi) tidak penting... Mereka sanggup menjual agama dan negara... Mereka menggunakan pelbagai cara untuk memecahkan kita," katanya .
Lawaklah lu Bro...... sapa yang jual agama...??? Sapa yang mengimarahkan Masjid...???? Betul UmNooo bina masjid.... tapi siapa yang mengimarahkannya...???
Turut hadir bersama adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad yang baru dilantik sebagai pengerusi Felda yang tiba kira-kira jam 10.50 malam. Ni contoh pemimpin kamu yang terang-terang telah di jatuhkan hukuman kerana Rasuah semasa pemilihan... sapa yang putuskan ISA bersalah kerana Rasuah...??? Bukanke tatatertib UmNooo yang memutuskan.... Tak berdosakah kita memilih orang macam ni sebagai pemimpin kita.... Tak ke berdosa kita memilih UmNooo...??
Kemampuan diragui
Dalam ucapannya, Isa yang pernah terpalit dengan gejala rasuah mendakwa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dikatakan akan menjadi perdana menteri Malaysia.
Bagaimanapun katanya, kedua-dua pemimpin tersebut diragui kemampuan mereka untuk mentadbir negara sekiranya menjawat jawatan tersebut
Kenapa nak ragui !!! Dulu UmNooo kata kat TGNA.... TGNA hanya boleh memerintah kelantan tak lebih dari 3 bulan je.... lepas tu Kelantan akan bangkrap.... so sekarang baru 2 1/2 bulan je ke Isa oooiii...? So terbukti sudah.... pentadbiran yang disandarkan kepada ALLAh, akan dibantu urusannya..... Apa pemimpin UmNooo hebat sangatkah dalam pentadbiran... ???? Kalau tak dibantu oleh penjawat awam... yang tak semuanya UmNooo..... pasti mereka takkan berjaya... sebagai contoh Datuk Hishamuddin.,... semasa jadi menteri pendidikan... walaupun dah 2 penggal sebagai menteri pendidikan, semasa dalam satu majlis beliau menyatakan P&P sebagai Pengajaran dan pembelajaran..... Tu menunjukkan pemimpin UmNooo kalau tak dibantu oleh penjawat awam..... tak ada apa lebihnya...
Tapi ada satu yang memang pemimpin UmNooo hebat tiada tandingan iaitu....
i. Makan Rasuah
ii. Cakap huduh..., menipu...
Isa yang juga bekas naib presiden Umno tetapi digantung jawatannnya, mendakwa Anwar adalah seorang yang "hipokrit dan berpura-pura" dan Abdul Hadi lemah dalam membuat keputusan.
"Abdul Hadi nak jadi PM, dia pun tak tahu banyak. Bila buat keputusan, dan (Datuk) Nik Aziz tidak tahu, maka dia undur ke belakang.
Alah ... apa yang hebatnya Najib.... kalau dalam setahun pemerintahannya Rosmah yang menjadi PM bukannya Najib..... Hanya tahu berbelanja duit Rakyat dan pembayar cukai sahaja..... Apa hebatnya kalau dalam sehari Najib dan Rosmah berbelanja RM 31 ribu ... yang ni memang BN Hebat....
"Contohnya, sewaktu mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno, semua orang sokong, tetapi Nik Aziz tak setuju, sehingga mahu membuat muktamar khas.
"Bagaimana nak urus negara, bila jadi perdana menteri mahu buat keputusan, tak boleh. Kita tidak boleh beri (kuasa) kepada orang macam ini," katanya.
No comments:
Post a Comment