Monday, January 17, 2011

Arahan Pindah ... Pengarah JPN Menafikan .....!!!!

Hari ni Pengarah JPN Johor menafikan spekulasi menyatakan perpindahan suami calon PAS, Cikgu Mala adalah berdasarkan sentimen politik...... OrgMude akan pastekan cerita daripada suami Cikgu Mala & akan Ulas dalam tulisan berwarna Merah.....

Kenyataan Cikgu Makrof

Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".

Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.

tenang by election pas announce candidate 160111 normala sudirman with husband"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.

Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.

"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).

"(Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.

"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.

Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.



Kenyataan Pengarah JPN Johor

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran mengakui jabatannya ada mengeluar notis pertukaran suami calon PAS di Tenang, Normala Sudirman, tetapi membatalkannya buat sementara selepas mendapat tahu isterinya mungkin dicalon dalam pilihan raya kecil di situ.

WOiiiit...UmNooo totok johor..... jangan nak buat lawak le....
JPN Johor keluarkan notis awal perpindahan dalam tempoh 24 jam tapi terpaksa tarik balik sebab dibantah oleh Cikgu Makrof..... bila diugut akan buat laporan SPRM.....

NONEKatanya, notis pertukaran yang bertarikh 27 Disember itu meminta suami Normala - Makrof Abd Mutalib - bertugas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor Bahru, bermula 1 Januari tahun ini.

Hahahha.... nak buat lawak.... come onlah boss.... notis pertukaran cikgu biasanya dah tahu lebih awal kan.... kenapa 27 Dis plak baru tahu.... 27 Dis tu..... orang dah sibuk meeting kat sekolah masing-masing.... Kenapa plak Boss pilih tarikh 27 Dis...??? Cikgu BUTA pun tahu boss.... Orang yang pindah dari sabah & sarawak pun tahu awal lagi Boss.... B oss nak tipu sapa.....???? Semua cikgu-cikgi tahu prosedur BOSS.... Tapi kalau 27 Dis baru tahu.... TAHUN NI JPN Johor KENA BUAT SEKALI LAGI ISOooo le..... bingai je kerja..... Kalau notis tu kena pindah 1 Januari.... lagi pun hari cuti tu Bosss.... kenapa 2-3 hari lepas baru terima.... LEMBAB dan SEMBAB sangat pekerja-pekerja UmNOoooo JPN Johor.....

Sebenarnya dah memang BUDAYA UmNOoooo.... Cuba ulas apa kena dengan 6 orang guru yang sokong PAS di Kuala berang yang dipindahkan 24 jam selepas pilkihanraya kecil Kuala Berang satu ketika dulu......
Bagaimana nasih ustaz Wan Azhar (Besut)yang dihantar ke kawasan orang Asli...??? Semua Cikgu-cikgu tahu le KEJAHATAN BN dan kroni2nya dalam menghantar orang kuat2 PAS ke Sabah & Sarawak..... tapi akhirnya PAS berkembang pesat di sana.... difahamkan ada 3 PASTI di sabah yang bukan Muslim .....??? betul ke orang Sabah....

Makrof mengajar di SK Tenang manakala sekolah baru itu pula terletak kira-kira 200 km dari situ.

Pada waktu itu, kata Markom (kanan), pihaknya tidak tahu yang isteri Makrof akan dipilih sebagai calon PAS.

Banyakle ko tak tahu....... kalau kau sendiri dah mengempen untuk UmNoooo, Paksa kaunselor utk kempen kepada ibubapa supaya pilih BN.... patutnya kau yang kena pindah.....markom..... Kat dunia ni boleh le kau buat pelbagai PEMBOHONGAN dan PENAFIAN.... tapi ingat..... ALLAH kan ada.... ALLAH kan tahu...... melainkan kau rasa ALLAH tu buta & tuli.....



Tetapi, katanya, selepas mendapat tahu mengenai pencalonan isterinya- Normala - pihaknya memutuskan untuk membatalkan buat sementara pertukaran Makrof.

"Kami tidak mahu ia menjadi isu politik," jelas Markom ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Malam tadi, PAS mengumumkan Normala sebagai calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan.

PAS dan Makrof telah mendakwa notis pertukaran itu, yang hanya memberi masa tiga hari untuk membuat persiapan, bermotifkan politik dan bertujuan untuk menghukum seorang guru yang anggoat keluarganya menyokong pembangkang.

Normala Sudirman and husband Makrof Abd MutalibNotis tersebut telah ditarik balik selepas pasangan tersebut membuat aduan kepada jabatan pelajaran daerah, kata Makrof (kiri sekali).

Sementara itu, Markom berkata, notis pertukaran tersebut tiada kaitan dengan politik tetapi kerana Pasir Gudang kekurangan 457 orang guru.

Ye le tu..... orang nak percaya sangatle kata-kata kau tu...... Persoalannya kenapa dalam reramai cikgu-cikgu....., suami Cikgu Malau yang ko PILIH......


Tapi kira teruklah kan.... Kelantan yang miskin dan daif pun berlebihan guru...Johor, negeri UmNoooo tebal tak cukup Guru...!!! naif, malu sungguh....!!!

"Ianya tiada ada kaitan dengan politik," tegasnya sekali lagi.

No comments:

Post a Comment