Tuesday, January 25, 2011

Ketua Penerangan Yang Bodoh, jahil dan bingai....

Org Mude Tepoh akan menjawab kenyataan BODOH lagi DUNGU Ketua Penerangan UmNOooo di dalam tulisan Merah...Darjah berapa dia ni sekolah agaknya....???

*************************************************************************************
Pakatan Rakyat yang menimbulkan isu kenaikan harga barangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.

NONEKetua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata isu kenaikan harga barangan itu hanya bagi meraih sokongan.

Sebelum OrgMude mengulas panjang..... Org Mude rasa Najib tersalah ambik si pendek ni jadi Ketua Penerangan.... rendah martabat rasanya.... hujah dangkal, dungu dan tidak relevan....


“Kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Dia ni sedar tak apa yang dia cakapkan.... kalau betullah boleh buat macam tu... tak payah dia suruh.... PR dah pasti buat dulu..... sebagai contoh apa yang berlaku di Selangor.... Kerajaan PR siap bagi air free lagi... ada negeri BN yang bagi free air.... ??? Kenapa Selangor boleh bagi... sebab air di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.... Begitu juga apa yang berlaku di Penang... Kerajaan Pakatan bagi RM 100 kepada Warga Emas... ada berlaku di negeri BN.....???

"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di Labis, hari ini.

Wei lah bodoh...apa BN pandai cari duit ke.... kalau tak kerana duit LHDN, KWSP, Tabung Haji & Felda..... !!! boleh ke BN memerintah....

Acu cuba bagi PR memerintah MAlaysia..insyallah seperti yang dijanjikan 100 hari pemerintahan.... dalam buku Jingga.... insyallah.....

Sebagai contoh, bila PAS memerintah Trg dengan duit Royalti.... terlalu banyak manfaat anak Trg dapat.... berjaya mengurangkan hutang yang dibuat oleh BN Trg......

Pilihan raya kecil pada 30 Januari ini, membabitkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.

Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

NONEAhmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai permulaan, beliau mencabar kerajaan di empat negeri tersebut menurunkan harga petrol di negeri masing-masing dengan cara memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak.

Wei lah.... Tok sah lah cakap banyak... Acu pulangkan Royalti balik ke Kelantan & Trg.... tengok lagu mana PAS Kelantan akan buat....

"Cari duit beri subsidi kepada pengusaha stesen minyak supaya RON95 dari RM1.90 mungkin diturunkan menjadi RM1.50 seliter. Saya cabar turunkan harga petrol satu dulu cukuplah, kalau banyak nanti mereka tidak mampu," katanya.


Mudah aja... bagi PR memerintah 5 tahun Malaysia... insyallah Org Mude yakin... minyak akan di turunkan.....

Beliau berkata, sekiranya Pakatan Rakyat yang terkenal dengan menabur pelbagai janji, tidak boleh berbuat demikian maka tidak usah memperdaya penduduk di Tenang semata-mata untuk meraih undi daripada mereka.

Katanya, kerajaan BN sentiasa prihatin dan berusaha mengurangkan bebanan rakyat termasuk memberi subsidi dan menetapkan harga barangan kawalan bagi barangan keperluan pada musim perayaan.

azlanBeliau berkata, kerajaan juga berusaha supaya harga komoditi terus naik dan rakyat mempunyai pekerjaan bagi menjana pendapatan mereka.

Mengulas janji Pakatan Rakyat untuk membangunkan kawasan perindustrian di Tenang bagi mengelakkan penduduk berhijrah mencari pekerjaan di negeri lain, Ahmad berkata, mereka tidak berupaya menunaikan janji tersebut sebaliknya hanya khayalan.

Jika ditinjau di empat negeri yang diperintah pembangkang, kewujudan kawasan perindustrian besar dan sederhana adalah usaha kerajaan BN menarik pelaburan manakala tiada kawasan perindustrian baru diwujudkan Pakatan Rakyat, katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam yang melabelkan wakil rakyat BN sebagai penderhaka kepada institusi raja-raja, Ahmad berkata, itu adalah sandiwara politik dan sebenarnya Pakatan Rakyat yang menderhaka kepada Sultan.

No comments:

Post a Comment