Tuesday, April 12, 2011

Datuk 85 tahun bawa superbike 500cc disaman ekor,,Tu Dia.....

Semakin hari makin banyak kisah lucu dan tidak masuk akal dalam isu saman ekor ni. Datuk 85 tahun bawa superbike 500cc disaman ekor bawa melebihi had laju. Penunggang motosikal tak pakai tali pinggang keselamatan disaman ekor. Kini guru agama pula disaman ekor bawa kapcai buruk 70cc di tempat yang dia tak pernah pergi. Kisah macam ni boleh masuk Raja Lawak, kah, kah, kah. Malaysia Darul Lawak, Hidup Raja Lawak.

Kesian polis trafik, mereka cuma ikut arahan Menteri dan software yang canggih, Menteri pula tak faham operasi software dan peralatan yang canggih ini yang tak fool proof langsung. Akhirnya polis jadi bahan ketawa, menteri lepas tangan.

Kisah datuk 85 tahun disaman di http://amkns.blogspot.com/2011/01/warga-emas-malukan-pdrm-dan-menteri.html

Tribute to TGHH

Wednesday, April 6, 2011

Menjenguk Ke Bumi Kenyalang....

Gelanggang telah dibuka & gendang telah dipalu dengan 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seramai 213 orang menawarkan diri bertanding sekaligus mencatatkan "world record" sebagai pilihanraya sarawak dengan calon teramai dalam sejarah.

Agak mengecewakan apabila rundingan "pakatan" gagal mencapai kata sepakat di antara PKR & SNAP untuk meletakkan seboleh-bolehnya 1 calon pembangkang menentang Be eNd dalam pilihanraya Sarawak ke-10 ini.

PKR & SNAP bertembung di 25 kawasan DUN antaranya N1, N2, N16-N19, N23, N25 & 26, N28, N 66 & 67, N 69 dan lainnya. Ini dilihat sebagai kegagalan parti masing-masing menelan "ego" diri.

Sementara kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS & DAP hanya ditentang oleh Calon Be eNd @ Calon Bebas sahaja. PAS diperuntukkan 5 kerusi dalam penampilan yang lebih kemas & bergaya kali ini. Kawasan yang ditandingi PAS adalah :

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936

1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
3. Nani Sahari (PAS)

Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,545
Majoriti: 4,136

N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820
1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)
2. Noraini Hamzah (PAS)

Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehil: 7,863
Majoriti: 6,327

N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656
1. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
2. Mahayudin Wahab (Bebas)
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)

Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,715
Majoriti: 858

N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042
1. Ali bin Semsu (Bebas)
2. Adam Ahid (PAS)
3. Julaihi Narawi (BN-PBB)

Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,748
Majoriti: 2,448

N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868

1. Razaili Gapor (BN-PBB)
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,796
Majoriti: 895

Senario yang berlaku memberi peluang cerah kepada PAS untuk memenangi sekurang-kurangnya 1 kerusi di atas. Sama-samalah kita mendoakan kemenangan PAS untuk menumbangkan Be eNd di Sarawak seterusnya memberi momentum kepada PRU-13. Insya Allah.

Allahuakbarx3

Maklumat Penuh Calon-calon (klik di sini) :
http://www.malaysiakini.com/news/160749

Lagu Utk Taib mahmood......