Monday, January 24, 2011
Bapak BOREK...Anak Rintek.... Kalau Bapak kaki MENIPU..... Anak pun sama....
Setelah diberi tempoh 24 jam daripada PAS supaya membuktikan kenyataannya bahawa calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan pemilik kedai bukan Islam berhubung penjualan arak, ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong cuba berdolak-dalih.
Jika pagi semalam, Chua berkata kepada sebuah portal berita beliau tetap dengan kenyataanya tetapi enggan menamakan pemilik kedai berkenaan tetapi pada lewat petang, Chua menukar nadanya.
Laporan The Malaysian Insider memetik Chua sebagai berkata,” Sudah tentu, saya tidak boleh menamakan kedai itu, pemiliknya tidak mahu dikenali”.Namun apabila diasak wartawan di sebuah majlis ketika kempen pilihan raya kecil Tenang di Labis, Chua menafikan beliau membuat laporan itu dan mendakwa laporan The Malaysian Insider adalah tidak tepat.
"Semasa berkempen, ada pengundi tanya sama ada penjualan arak akan dihentikan jika calon PAS dipilih, saya jawab mungkin.”
Berikutan kenyataan itu, PAS memberi Chua 24 jam bagi membuktikan bahawa Normala mempersoalkan jualan arak ataupun berhadapan dengan saman fitnah jika gagal berbuat demikian.
Menurut sebuah laporan China Press, Chua dilaporkan berkata, "Mengikut maklumat yang saya terima, semasa kempen Normala, dia bertanya kepada seorang pemilik kedai kopi mengapa bir dijual. Pemilik kata itu adalah haknya untuk berbuat demikian.”
"Kami mahu beliau (Chua) memberikan nama kedai kopi itu (dan juga), tarikh dan masa Normala berkata demikian sebelum tengahari (esok)."Jika tidak, kita akan memfailkan saman fitnah ke atasnya,” kata timbalan pesuruhjaya PAS Johor yang juga penyelaras pilihan raya kecil parti itu, Dzulkefly Ahmad, kepada wartawan.
Chua berkata beliau belum membaca laporan China Press kerana sibuk dengan kemp[en pilihan raya kecil.
"Saya mesti tunggu surat dari mereka (PAS) sebelum boleh beri ulasan.”
Diasak wartawan, Chua berkata, beliau tidak secara langsung menafikan laporan berkenaan tetapi meminta wartawan melaporakan apa yang dikatannya.
Saturday, January 22, 2011
Sesatkah Ucapan ini...?... Bertaubatlah.....
Menteri Besar Johor, Ghani Othman memberi amaran kepada para pengundi di DUN Tenang supaya jangan mengundi calon PAS, jika tidak "Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri" [Malaysia Chronicle].
“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”
Apa dia ingat Hukum Hudud tu hukum mak bapak dia orang ke... Wei Ghani ooooiiii.... itu hukum ALLAH tau tak....??? apa punya bodoh le ko ni.... perlekeh agama depan bukan Islam semata-mata kerana nak menang.....
Org Mude Tepoh Jawab & Soal Muhyiddin
***************************************************************************************
Timbalan Perdana Menteri Tan Srti Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.
Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya."Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.
Hahhaha... terima kasih Muhyiddin.... anda kini MENGIKTIRAF perjuangan PAS kekal Istiqamah untuk menegakkan negara Islam.... Jadi persoalan PAS menggadaikan maruah kepada DAP dan menggadaikan perlembagaan parti TERJAWAB kini.... Jadi lepas ni...UmNoooOOO tak layak menyatakan PAS menggadaikan maruah dan prinsip perjuangan......
Kepada yang bukan Islam pulak... kenapa anda semua perlu takut.... kalau pun dilaksanakan hukum dan undang-undang Islam... segala hukum dan hakam Islam serta perundangan PASTI tidak dilaksanakan kepada anda .... Hukum Islam hanya akan dilaksanakan kepada orang-orang Islam sahaja terutama kepada orang UmNooo..OOO.... Itulah yang sebenarnya ditakuti oleh UmNoooOOO... Bahkan kepada Soi Lek.... walaupun anda ditangkat kerana melakonkan aksi lucah.... anda akan diberi pilihan samada untuk dihukum dengan hukum Islam atau hukum Lord Reid....
"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.
Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.
"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli MuhyiddinMuhyiddin.... anda tertinggal kapal.... mungkin naik kereta lembu kot.... Malulah sebagai TPM merangkap Menteri Pendidikan... anda mendapat maklumat yang lembab dan sembap.....
DAP menerima konsep negara Islam cuma Karpal je yang menolak.... tapi yang terkini...Karpal sendiri dah boleh menerima Hukum Islam selepas diterangkan dengan teliti dan detail mengenai hukum Islam itu..... Sapa yang terangkan...PAS.... nak harapkan UmNooooOOO.... Islam itu susah, sapa ikut islam....potong.... itulah dakyah UmNoooo....kalah mubaligh kristian plak....
"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.
Deiiiii sembab..... itu statement lama lah.... sekarang karpal dah menerimalah...benggong....
Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi."Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya.
Banyak le ko punya hak dan batil.....
Apa ko ingat kita orang ni buta, tuli dna lembap macam ko....... Tolak hukum Islam dengan alasan takut rakyat hilang tangan .... Suruh rakyat berjimat, ubah gaya hidup bila harga barang dinaikkan... itulah kebenaran UmNoooo agaknya...!!!
Tuesday, January 18, 2011
TENANG - SU UmNOooo Meninggal Dunia... Petugas PAS yang Mandikan....
Sumber Harakahdaily
"Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipedulikan, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.
(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)
Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.
Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.
"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.
Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.
"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.
"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.
Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.
Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.
Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.
Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.
Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.
Monday, January 17, 2011
Pengarah JPN Johor kata.... TINDAKAN hanya kepada Guru Sokong Pembangkang...!!! Panas...!!!
Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran, yang dirakam didakwa berkempen untuk BN di Tenang, telah menafikan tuduhan tersebut.
Kenapa menafikah...???? Terasa panas ke...??? Cikgu!!! Orang buta pun boleh menilai ucapan yang Cikgu buatlah.... Apa cikgu ingat semua orang pekak... siap minta ulang pernyataan sokongan kepada kaunselor..... Kepada semua pembaca, OrgMude pastekan ucapan yang dibuat oleh Cikgu Markom.... dengar dan nilai sendiri..... nah ni dia...dengar sendirilah....mengempen atau tidak....
Katanya, beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".
Sebaliknya, kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya.Cikgu, kenapa perlu diketahui kecenderungan politik guru-guru...??? Kenapa, kalau dia seorang guru pembangkang..... mereka tidak mengajar dengan baik ke...???
Sejarah membuktikan dan kalau tak percaya tanyalah kat mana-mana guru-guru diseluruh Malaysia.... hanya guru-guru yang TOTOK UmNooooo sahaja yang selalu tinggalkan kelas, tuang program sebab ke Perhimpunan Agung UmNooo.... bahkan suka " mempolitikkan sekolah " demi kepentingan politik mereka...
Biasanya, guru-guru yang sokong PAS, mereka akan bertanggungjawab atas amanah mereka, sebagai contoh Cikgu Mala, kerana berminat dengan perjuangan Islam, sebelum diistiharkan menjadi calon lagi beliau telah meletakkan jawatan....
Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, ia merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong," tegasnya.
Menjadi hak JPN untuk mengetahui dan mengenalpasti kecenderungan politik semua guru...... Ni lagi satu kenyataan yang bersikap angkuh dan sombong bodoh.... Ok... kalau iyalah sepertimana yang dikatakan.... Sila nyatakan di bawah undang, undang mana, klaus mana menyatakan adalah menjadi Haka Majikan untuk mengetahui kecenderungan politik staff di bawah mereka...???? TOLONG berikan fakta dan bukannya AUTA.....
Jika didapati menentang kerajaan, katanya, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.
Ini kenyataan canteeeekkk..... memang betul, mana-mana kakitangan yang menyokong pembangkang...... bukannya dihantar untuk pergi kursus tetapi sebaliknya di "UGUT" atau di pindahkan ke kawasan pedalaman sebagai suatu "SIKSAAN" kepada mereka kerana menyokong pembangkang....
Cikgu !!!.... Org Mude nak tanya.... Apa maksud Demokrasi yang negara kita amalkan....!!! Adakah Demokrasi kata..... semua rakyat WAJIB menyokong dan bersama Kerajaan dan dasar Kerajaan walaupun Dasar yang Bodoh dan Dungu...???? Sebagai contoh, dasar PPSMI yang bengong dan tolol.... bukankah akhirnya ianya TERPAKSA di batalkan selepas Kera Jaan menghabiskan duit Rakyat berbillion banyaknya..... walhal hasilnya..... Hanya mendatangkan keuntungan kepada Kroni sahaja....
Selain daripada itu, Cikgu sepatutnya mencadangkan di dalam Perhimpunan Agung UmNoooo agar sistem Demeokrasi Berpelembagaan di pinda menjadi sistem Komunis Ciptaan UmNo..... Jadi Cikgu boleh memastikan SEMUA guru-guru di Malaysia adalah "pencinta UmNoooo" semata-mata....
Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.
Mereka wajib melaksanakan dasar-dasar Kera Jaan walaupun melanggar etika dan norma kemanusiaan !!! Cikgu.... ingat dalam ucapan yang Cikgu buat.... antara kata-kata Cikgu yang bermaksud, Guru-guru Kaunseling kena pasti sokongan parents samada kepada pembangkang atau Kera Jaan..... Itu ke yang Cikgu maksudkan sebagai menyokong Dasar Kera Jaan.... Cikgu...!!!
Adakah itu tugas dan fungsi Kaunselor di sekolah.... kalau ia.... Patutlah kita lihat sekarang ni, masalah sosial semakin Membarah dan meningkat di sekolah bilamana semua kaunselor kena ambik alih kerja-kerja JKK dan Guru kemas iaitu bekerja Untuk UmNooooo....
Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.
Kenyataan TOLO dan Menghina.... Cikgu kena ingat, hatta Cikgu sendiri mendapat gaji bukan hanya daripada buit Kerajaan TETAPI juga Duit cukai yang di bayar oleh Rakyat Malaysia.... Apa Cikgu ingat semua rakyat Malaysia menyokong UmNoooo ke....???? Antara Yang paling banyak membayar cukai adalah orang-orang Pembangkang, termasuklah saya... Jadi Cikgu sepatutnya bekerja untuk Rakyat dan mengikut apa kata Rakyat, bukannya UMNoiooooo.....
Kalau itulah mentaliti seorang Pengarah.... bolehlah dikumpulkan mereka ini dalam satu "kawah" bersama bekas Pengarah JPN Terengganu, Ipin.... dan OrgMude menyimpulkan bahawa Kenaikan pangkat Cikgu Markom sebagai pengarah bukan kerana pemikiran Kritis dan kelayakan sebenar beliau TETAPi lebih kepada kenaikan Pangkat disebnabkan Politik seperti mana kenaikan pangkat Ipin, X Pengarah JPN Terengganu....
Arahan Pindah ... Pengarah JPN Menafikan .....!!!!
Kenyataan Cikgu Makrof
Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".
Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.
"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.
Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.
"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).
"(Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.
"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.
Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.
Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.
Kenyataan Pengarah JPN Johor
Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran mengakui jabatannya ada mengeluar notis pertukaran suami calon PAS di Tenang, Normala Sudirman, tetapi membatalkannya buat sementara selepas mendapat tahu isterinya mungkin dicalon dalam pilihan raya kecil di situ.
WOiiiit...UmNooo totok johor..... jangan nak buat lawak le....
JPN Johor keluarkan notis awal perpindahan dalam tempoh 24 jam tapi terpaksa tarik balik sebab dibantah oleh Cikgu Makrof..... bila diugut akan buat laporan SPRM.....
Katanya, notis pertukaran yang bertarikh 27 Disember itu meminta suami Normala - Makrof Abd Mutalib - bertugas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor Bahru, bermula 1 Januari tahun ini.Hahahha.... nak buat lawak.... come onlah boss.... notis pertukaran cikgu biasanya dah tahu lebih awal kan.... kenapa 27 Dis plak baru tahu.... 27 Dis tu..... orang dah sibuk meeting kat sekolah masing-masing.... Kenapa plak Boss pilih tarikh 27 Dis...??? Cikgu BUTA pun tahu boss.... Orang yang pindah dari sabah & sarawak pun tahu awal lagi Boss.... B oss nak tipu sapa.....???? Semua cikgu-cikgi tahu prosedur BOSS.... Tapi kalau 27 Dis baru tahu.... TAHUN NI JPN Johor KENA BUAT SEKALI LAGI ISOooo le..... bingai je kerja..... Kalau notis tu kena pindah 1 Januari.... lagi pun hari cuti tu Bosss.... kenapa 2-3 hari lepas baru terima.... LEMBAB dan SEMBAB sangat pekerja-pekerja UmNOoooo JPN Johor.....
Sebenarnya dah memang BUDAYA UmNOoooo.... Cuba ulas apa kena dengan 6 orang guru yang sokong PAS di Kuala berang yang dipindahkan 24 jam selepas pilkihanraya kecil Kuala Berang satu ketika dulu......
Bagaimana nasih ustaz Wan Azhar (Besut)yang dihantar ke kawasan orang Asli...??? Semua Cikgu-cikgu tahu le KEJAHATAN BN dan kroni2nya dalam menghantar orang kuat2 PAS ke Sabah & Sarawak..... tapi akhirnya PAS berkembang pesat di sana.... difahamkan ada 3 PASTI di sabah yang bukan Muslim .....??? betul ke orang Sabah....
Makrof mengajar di SK Tenang manakala sekolah baru itu pula terletak kira-kira 200 km dari situ.
Pada waktu itu, kata Markom (kanan), pihaknya tidak tahu yang isteri Makrof akan dipilih sebagai calon PAS.
Banyakle ko tak tahu....... kalau kau sendiri dah mengempen untuk UmNoooo, Paksa kaunselor utk kempen kepada ibubapa supaya pilih BN.... patutnya kau yang kena pindah.....markom..... Kat dunia ni boleh le kau buat pelbagai PEMBOHONGAN dan PENAFIAN.... tapi ingat..... ALLAH kan ada.... ALLAH kan tahu...... melainkan kau rasa ALLAH tu buta & tuli.....
Tetapi, katanya, selepas mendapat tahu mengenai pencalonan isterinya- Normala - pihaknya memutuskan untuk membatalkan buat sementara pertukaran Makrof.
"Kami tidak mahu ia menjadi isu politik," jelas Markom ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Malam tadi, PAS mengumumkan Normala sebagai calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan.
PAS dan Makrof telah mendakwa notis pertukaran itu, yang hanya memberi masa tiga hari untuk membuat persiapan, bermotifkan politik dan bertujuan untuk menghukum seorang guru yang anggoat keluarganya menyokong pembangkang.
Notis tersebut telah ditarik balik selepas pasangan tersebut membuat aduan kepada jabatan pelajaran daerah, kata Makrof (kiri sekali).
Sementara itu, Markom berkata, notis pertukaran tersebut tiada kaitan dengan politik tetapi kerana Pasir Gudang kekurangan 457 orang guru.
Ye le tu..... orang nak percaya sangatle kata-kata kau tu...... Persoalannya kenapa dalam reramai cikgu-cikgu....., suami Cikgu Malau yang ko PILIH......
Tapi kira teruklah kan.... Kelantan yang miskin dan daif pun berlebihan guru...Johor, negeri UmNoooo tebal tak cukup Guru...!!! naif, malu sungguh....!!!
"Ianya tiada ada kaitan dengan politik," tegasnya sekali lagi.