Thursday, August 4, 2011

Pemuda PAS Tepoh Turun Padang....






Sungai Ikan, 3 Ramadhan 1432, Dewan Pemuda PAS Tepoh bersama rombongan turun padang menyampaikan sumbangan kepada pemuda-pemuda di Sungai Ikan dan Gemuruh. Seramai 10 orang pemuda-pemuda yang layak telah diberikan sedikit sumbangan dalam program " Sekampit Beras, Sekotak Kurma.

Ramadhan 1432H ini, Pemuda PAS Tepoh akan menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 150 orang yang layak menerima sumbangan. Tahniah kepada Pemuda PAS Tepoh atas usaha yang telah dilakukan. Kami yakin sekiranya diberikan kemenangan kepada PAS memerintah Terengganu & malaysia, lebih banyak dan lebih ramai lagi akan menerima bantuan seperti ini.... Semoga ALLAH memberikan kemenangan kepada PAS untuk mentadbir negeri Terengganu dan Malaysia.....amin....Takbir......

Monday, August 1, 2011

Najib disambut ribut luar biasa di PD 30 Julai 2011



Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah berada di Port Dickson pada 30 Julai 2011 kerana buat pertama kali dalam sejarah Perbarisan Tamat Latihan bersama ATM dan PDRM.

Hanya beberapa detik selepas itu, ribut luar biasa yang amat dahsyat melanda Port Dickson hingga kubah menara masjid jatuh, kereta-kereta remuk dihempap pokok, tiang elektrik tumbang, pokok tumbang, khemah berterbangan termasuklah bumbung pentas utama yang menempatkan DS Najib & beberapa menteri kabinet.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abd Wahab Shamsuddin menyifatkan ia adalah yang terburuk dalam sejarah di Port Dickson.

Ini sudah pastinya satu peringatakan dari Allah yakni pemilik seluruh kerajaan yang ada di langit & di bumi. Ia tidak boleh dipandang enteng oleh juak-juak Be eNd. Ingatlah, kekuasaan dunia yang sementara, tidak lebih daripada kuman di sisi Tuhan Yang Maha Esa.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dengan penuh keinsafan bahawa kita hanya menumpang di bumi Allah. Kita semua pasti akan menemuiNya nanti & kita semua tidak mungkin dapat lari daripada undang-undang serta perhitungan Allah Rabbul Jalil...


Kliks untuk info lanjut di sini :
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=7736&mode=thread&order=0&thold=0

Saturday, July 16, 2011

Catatan Peserta Bersih 2.0 : Saya rasa selamat bersama orang PAS - Cina

Ini antara catatan dalam begitu banyak catatan daripada orang-orang cina & India yang melihat Islam sebenar yang kita semua para pendokong PAS bawakan untuk tatapan mereka. Syabas para pejuang PAS - Anda telah berjaya menyentuh hati sanubari orang-orang bukan Islam.

Mudah-mudahan usaha anda dinilai sebagai amal soleh & digerakkan hati-hati mereka untuk berdampingan & menerima perjuangan PAS oleh Allah Taala. Insya Allahu Taala.

Semoga ini akan memberikan kita semua kekuatan & semangat untuk terus memperjuangkan agama Allah dengan penuh keyakinan. Ayuh semua orang-orang PAS, teruskan langkah... jangan sesekali mundur & menoleh kebelakang lagi....

Ikutilah sebuah catatan yang amat bererti ini.....

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat
selamat.

selanjutnya klik disini :
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12075