Monday, August 1, 2011

Najib disambut ribut luar biasa di PD 30 Julai 2011



Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah berada di Port Dickson pada 30 Julai 2011 kerana buat pertama kali dalam sejarah Perbarisan Tamat Latihan bersama ATM dan PDRM.

Hanya beberapa detik selepas itu, ribut luar biasa yang amat dahsyat melanda Port Dickson hingga kubah menara masjid jatuh, kereta-kereta remuk dihempap pokok, tiang elektrik tumbang, pokok tumbang, khemah berterbangan termasuklah bumbung pentas utama yang menempatkan DS Najib & beberapa menteri kabinet.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abd Wahab Shamsuddin menyifatkan ia adalah yang terburuk dalam sejarah di Port Dickson.

Ini sudah pastinya satu peringatakan dari Allah yakni pemilik seluruh kerajaan yang ada di langit & di bumi. Ia tidak boleh dipandang enteng oleh juak-juak Be eNd. Ingatlah, kekuasaan dunia yang sementara, tidak lebih daripada kuman di sisi Tuhan Yang Maha Esa.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dengan penuh keinsafan bahawa kita hanya menumpang di bumi Allah. Kita semua pasti akan menemuiNya nanti & kita semua tidak mungkin dapat lari daripada undang-undang serta perhitungan Allah Rabbul Jalil...


Kliks untuk info lanjut di sini :
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=7736&mode=thread&order=0&thold=0

No comments:

Post a Comment