i. Memang tak ada kes utk diserang peribadi Cikgu Mala yang tulus....
ii. Bukanke BN yang mula-mula serang peribadi Cikgu Mala dgn;
a. dimulakan oleh Blogger BN yang menyatakan Cikgu Mala ditangkap
berkhalwat dengan suami sekarang....?
b. Serangan psyikologi dgn arahan perpindahan suami Cikgu Mala ?
c. Bukan Soi Lek yang serang C Mala dengan menyatakan C Mala tak salam dgn
orang ramai sebab takut tangan kotor.....???
BN ni memang manusia bertopengkan syaitan..... juga seperti sesumpah dan kena juga dengan pepatah Melayu..... baling batu sembunyi tangan......
Nilai-nilaikanlah PEMBOHONGAN BN.....
Biarpun menghadapi serangan demi serangan berbentuk peribadi daripada Pakatan Rakyat, calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim tetap tenang dan enggan terjebak dengan permainan kotor itu.
"Kita gentleman. Kita teruskan kerja-kerja kita dan berkempen dengan sebaiknya, tanpa terikut-ikut dengan pembangkang yang membuat serangan peribadi,” katanya pada sidang media di rumahnya di Labis, hari ini.
Bekas penolong pentadbir tanah daerah Kecil Rengit, Batu Pahat itu berkata, dalam pertemuannya dengan pengundi DUN Tenang, mereka tidak pernah menyentuh isu-isu peribadi yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.
Pengundi DUN Tenang tahu apa yang diperkatakan oleh pembangkang itu adalah tohmahan dan fitnah semata-mata,” kata Mohd Azahar.
Pada kempen pilihan raya kecil ini, Pakatan Rakyat menjadikan kejadian tanah milik seseorang dilelong ketika Mohd Azahar menjadi Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006) sebagai isu, di samping mengungkit beberapa isu peribadi yang lain.
"Saya telah mengikut segala prosedur jabatan (isu tanah 2003),” katanya ringkas.
Mengenai perancangannya jika dipilih sebagai wakil rakyat, Mohd Azahar berkata beliau akan memastikan pengundi pelbagai kaum DUN Tenang menikmati pembangunan yang lebih pesat.
No comments:
Post a Comment