Tuesday, June 28, 2011

WOW...bil Api PM & TPM = RM 160 000 Sebulan....

Bil elektrik PM, TPM - RM160,000 sebulan

Sapa yang bayar...Rakyat juga yang bayar.... tu yang mereka tak kesah...sebab bukan duit sendiri......

Kerajaan diminta memberikan penjelasan berhubung kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat cermat berikutan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Maria Mahmud berkata ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang juga hadir pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan kira mengikut bulanan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Ini bermakna jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

Saturday, June 25, 2011

Bersama Mandi Sungai ....





Santai-santai melepaskan penat... mandi di sungai...... Cantek kawasan...kalau buat PGU kan sini pun ok.....

Thursday, June 23, 2011

Jalinan Minda ...Tautan Ukhwah.... Brainstorm Pemuda Tepoh


































Gong Badak, 24 Jun 2011 seramai kira-kira 30 orang AJK DPP Dun Tepoh dan Ketua-ketua Pemuda seluruh Dun telah mengadakan Program Brainstorm untuk merancang aktiviti dan program selama setahun. Program dimulakan dengan bersama-sama berkumpul di Bilik Gerakan Pemuda di Gong Badak menuju ke Masjid Rusila. Semua peserta bersama mendengar kuliah DS TGHH sehingga selesai. Kemudian para peserta berkumjung ke rumah Tok Guru, bersalaman dan mendengar sedikit Taujihad. Selesai Taujihad yang diberikan, para peserta dijamu dengan sedikit juadah ringan sebagai bekalan perjalanan ke Kuala Berang.

Monday, June 20, 2011

Tahniah Amal Tepoh & Pemuda Tepoh....




Dah selesai..... terima kasih Amal... Terima kasih Pemuda Tepo.... jasa-mu akan tetap aku kenang.....








Gambar menunjukkan kerja-kerja perbersihan sedang dilakukan dengan kerjasama Pemuda, Amal dan penduduk Taman. Perbagai aksi..... Kerja-kerja dimulakan dalam jam 3.30 petang dan berakhir semasa azan magrib dilaungkan......




Ribut yang melanda pada malam Konsert Karoke yang dianjurkan oleh BN UmNo telah mendatangkan bencana kepada Rakyat... Sepertimana Firman ALLAH dalam Al-Quran, kalau ALLAh timpakan bencana/bala.... semua orang akan rasa tempiasnya, bukan hanya pelaku dosa dan maksiat sahaja, orang alim juga akat turut merasanya......

Sebuah rumah di Wakaf Tembusu kepunyaan Kak Zah di uji ALLAh sehebat ini, nasib baik, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku.

Gambar sebelum Gerak kerja perbersihan oleh pemuda & Amal Tepoh .....

Keju Perisa Babi.... Siapa yang Menanggung DOSA...

Berhati-hati Keju campuran BABI....... JAKIM...mana JAKIM.....








Dalam kesibukan JAKIM, YADIM memberikan Fatwa Demonstrasi Haram.... mereka terlupa ada yang lebih penting lagi...MAMASTIKAN makanan kita betul betul HALAL......

Beginilah bila Institusi Agama di UmNoOoOOookan....