Kerana projek dan habuan....'bus stop' yang masih elok dirombak.
-untuk bina 'bus stop' mewah!
KUALA NERUS - Kerakusan merebut peluang, projek dan habuan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu sanggup merobohkan hentian bas (bus stop) yang masih elok untuk dbangunkan projek yang lebuh mahal dan menguntungkan.
Sedangkan sebenranya tidak berapa orang penduduk kampung Padang Air dekat sini yang menggunakan hentian bas tersebut sebagai kemudahan.
[Gambar kiri - 'bus stop' mewah beratap genting dan bergaya, tentulah lebih mahal harganya]
Ketua Penerangan Pemuda PAS Dewabn Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Ahmad Faizul menyifatkan ianya satu pembaziran yang jelas dan nyata yang dilakukan oleh kerajaan khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ramli Nuh.
"Kerana projek dan habuan, kerajaan melaksanakan pembangunan tanpa ikut perancangan, 'bus stop' tersebut masih elok dan masih boleh digunakan, tetapi dirobohkan untuk digantikan dengan projek baru (bus stop) yang lebih mahal,"ujarnya ketika ditemui.
[Gambar kanan - bus stop lama yang masih elok dimusnahkan oleh jentera, pembangunan demi untuk habuan!]
Menurutnya, kerajaan khususnya ADUN Tepoh sepatutnya membelanjakan peruntukan kerajaan itu untuk membantu orang miskin dan susah, bukan mendirikan 'bus stop' yang agak mewah.
Katanya, hentian tersebut hanya akan menjadi tempat lepak golongan yang tidak bertanggungjawab dan gelandangan, kerana tidak ramai penduduk kampung menggunakan perkhidmatan bas.
"Ada seorang dua yang masih naik bas, yang lain sudah ada kenderaan sendiri, lebih baik kekalkan bus stop lama dan Ramli Nuh gunakan peruntukkan itu untuk bantu orang susah,"tegasnya.
No comments:
Post a Comment