Monday, February 28, 2011

Kenapa Himpunan 500k Bersih 2 ?

Penyelaras Pemuda PAS DUN Tepoh menyokong penuh penganjuran Himpunan500k BERSIH kali ke-2 yang dicadangkan oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat).

Pencabulan Kerajaan Umeno & Be End terhadap SPR mengakibatkan sistem demokrasi Malaysia telah diperkudakan oleh mereka.

Kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir, Libya & negara-negara arab akan menjadi inspirasi kepada gerakkan anak muda Malaysia menentang kezaliman Umeno & Be End.

Kita akan bekerja seoptimum mungkin untuk mengerahkan seluruh pendokong PAS menyertai Himpunan yang bakal diadakan itu. Sama-samalah kita mengembeleng tenaga & usaha menjatuhkan Umeno & Be End. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Hancur! hancur! Hancur Be End....

(maklumat lanjut - Klik di sini)
http://www.eperjuangan.com/2011/02/himpunan-500k-bersih-2-kenapa-wajar.html

Sunday, February 27, 2011

Kembalinya KerahmatuLLAH perintis Kerajaan Islam Turki...

Al-Fatihah. Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan (gambar) ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.

Beliau adalah perintis kepada Gerakkan Islam yang membentuk Kerajaan Republik Islam Turki yang ada pada hari ini melalui usaha-usaha kebajikan yang memikat hati rakyat Turki untuk menerima hidayah Islam.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama anbiya', sohabat, syuhada' dan solehin. Insya Allah.

(berita lanjut-klik di sini)
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31097:necmettin-erbakan-mentor-pemimpin-gerakan-islam&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Saturday, February 26, 2011

1 Undi Untuk PAS kerana SAMAN EKOR....


Sekiranya anda menentang Saman Ekor.... Berikan satu undi anda kepada Pakatan Rakyat... sebab PR kata akan hapus saman ekor kalau memerintah Putrajaya....

Ianya dah di buktikan di Terengganu, bilamana PAS memerintah Trg pada 1999, semua tunggakan cukai pintu telah dihapuskan.....

1 undi utk Pakatan keranamu Saman Ekor....
Katakan Tidak pada Saman Ekor....

Kera Jaan Terengganu beli itik.... Rakyat tak cukup makan...



Entahlah..... apa nak jadi kat Kera Jaan UmNooOOooo Trg.... membeli 101 ekor itik berharga RM 223 750 bersamaan dengan purata harga seekor sebanyak RM 2215. Difahamkan sebanyak 5 ekor telah mapoh keras...... entahlah......

Wahai rakyat Terengganu... bangkitlah......

Budget Perbelanjaan Trg... WOW...




Ni lah yang payah... kalau Nafsu besar tapi Kemampuan kecil.....

Media Infomasi Anda... BULETIN Trg....online....


















Cetak &
Edar....

Gambar sekitar Program Car Wash Pemuda Tepoh...


































































Alhamdulillah, program telah berjalan dengan baik sekali dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Kira-kira 30 buah kereta telah dicuci dengan kutipan sebanyak RM 550. Banyak juga sumbangan yang diterima melalui program ini. Seramai 22 orang petugas terdiri daripada Pemuda Tepoh & Amal Tepoh telah hadir dan memberikan komitmen.

Antara yang hadir adalah YDP Kuala Nerus, Ketua Pemuda Kuala Nerus disamping ajk Pemuda dan AJK Kawasan .

Terima kasih kepada semua... itulah yang mampu diucapkan kepada semua yang memberikan kerjasama dan sumbangan...... Cadangan daripada mereka yang hadir.... Buatlah setiap bulan.... Insyallah, cadangan tersebut akan dimajukan di dalam mesyuarat yang akan datang....

Thursday, February 24, 2011

Himpunan Peminjam PTPTN & Mara

Himpunan tersebut dijadualkan pada :

Hari : Sabtu.
Tarikh : 26hb Februari 2011.
Masa :jam 2 petang.
Tempat : Dewan Semantan Perdana,
Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Semua terlibat dijemput hadir.

http://www.eperjuangan.com/2011/02/himpunan-ptptn-dan-mara-26-feb-11.html

Wednesday, February 23, 2011

TAWARAN Buku Jingga - 100 Hari pakatan memerintah.....



TNC UPM SETARAF Junta Mynmar !!!

UPM diarah kekalkan status calon MPP, jangan sampai dilabel ‘macam Burma’

Februari 24, 2011
oleh Pro Mahasiswa
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
February 23, 2011

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengarahkan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengekalkan status 33 calon dan menarik balik keputusan membatalkan kemenangan 10 pelajar — yang kesemuanya sebelum ini dilabel sebagai barisan Pro Mahasiswa.

Kesemua 33 calon Pro Mahasiswa, yang didakwa beraliran condong kepada politik pembangkang, dibatalkan kelayakan bertanding kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas alasan berkempen secara berkumpulan.

Keputusan itu termasuklah mereka yang menang pilihan raya kampus itu.

Justeru, Saifuddin (gambar) mahu pentadbiran UPM agar mengekalkan keputusan pilihan raya kampus seperti yang diumumkan kelmarin.

Pro Mahasiswa juga mencatatkan keputusan baik kali ini di beberapa universiti lain.

“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, saya tida bersetuju dan saya cadangkan supaya kekalkan keputusan seperti keputusan pengundian.

“Jangan nanti orang anggap kita seperti Burma yang tak iktiraf Aung San Suu Kyi, jangan orang anggap kita seperti Palestin yang tak iktiraf kemenangan Hamas,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata tidak wajar pengurusan UPM membatalkan kelayakan Pro Mahasiswa kerana kumpulan itu tidak dapat membela diri ketika bantahan dibuat oleh kumpulan Pro Aspirasi.

“Pada saya perkara ini mudah sahaja, yang pertama siapa yang buat bantahan, apa alasan untuk bantahan dan adakah Pro Mahasiswa diberi keadilan untuk mempertahankan diri?

“Setahu saya (Pro) Aspirasi yang buat bantahan, alasan tanding berkumpulan dan Pro Mahasiswa tak diberi peluang untuk membela diri.

“UPM suruh mereka (Pro Mahasiswa) buat rayuan, tapi nak buat rayuan apa kalau nak pertahankan diri juga tidak boleh, macam mana nak buat rayuan,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, Pro Aspirasi juga sebuah kumpulan, jadi mengapa hanya Pro Mahasiswa yang dikenakan tindakan.

“Pro Aspirasi juga sebuah kumpulan, katakan kepada saya dan dunia adakah Pro Aspirasi bukan sebuah kumpulan,” kata Saifuddin.

Laporan The Malaysian Insider pagi tadi menyebut pembatalan kesemua calon Pro Mahasiswa dibuat melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi.

Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.

Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi.

Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan pengurusan UPM belum berhasil.

Dalam pada itu, kira-kira 40 ahli Pro Mahasiswa UPM mengambil langkah drastik dengan mengepung pusat pentadbiran universiti sebagai membantah tindakan membatalkan status mereka.

Menurut jurucakap kumpulan itu, Mohd Ramzul Nasri Kamarusaman, pihaknya mahukan penjelasan dari pentadbiran UPM berhubung pembatalan calon Pro Mahasiswa itu.

“Sekarang kami sedang mengepung pentadbiran UPM dan memohon menjelas dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) berhubung pembatalan status calon Pro Mahasiswa yang bertanding.

“Kita hanya mahukan penjelasan dalam perkara ini, kenapa status kami dibatalkan? Apa yang saya tahu bantahan di buat oleh seorang ahli Aspirasi yang tewa (dalam pilihan raya kampus),” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sekitar pukul 11 pagi tadi.

The Malaysian Insider

Tuesday, February 22, 2011

Pro-M menguasai Universiti ......

Pilihan Raya Kampus 2011 : Keputusan Pro Mahasiswa :

UIAM: MENANG [Menang 23 dari 26 Kerusi]
UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi
UMSKAL: MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM K. Kerian: MENANG [Menang bersih]
USM Penang: KALAH [Menang 15 dari 39 kerusi]


Setakat ni.... Pro-A hanya menang tak sampai 5 Universiti.... Guana agaknya mereka nak buat nanti ekkkk......

Harapan OrgMude.... perterjemahan ini juga akan berlaku dalam PRU 13 nanti......
Manalah tahukan kalau ALLAh nak bagi tetiba jadi macam ni.....

Kelantan : PR menang
Terengganu : PR Menang
Pahang : PR Menang
Johor : BN Menang
Melaka : BN menang
N9 : PR Menang
Selangor : PR menang
Perak : PR menang
Kedah : Pr menang
Perlis : Bn Menang
Sabah : PR = BN
Sarawak : BN menang....

Kerajaan Pusat, PR pegang.......????

Takbir.....

Pakat Mari basuh Keta sini weeiiihhhh...!!!



Bagi mengumpulkan Dana PRU-13 Pemuda DUN Tepoh. Program basuh kereta oleh Pemuda & Unit Amal DUN Tepoh akan diadakan pada :

Hari Jumaat ini (25hb/02/11) bermula jam 9:00 pg bertempat di Bilik Gerekan Pemuda DUN Tepoh (hadapan Perabot Bilal).

Datanglah beramai-ramai dengan kereta masing-masing bagi memberi sokongan kepada kami.
Sambil menyumbang..... kereta anda berkilat kami kerjakan........

JazakumuLLAHu Khairal Jaza'.

Tuesday, February 15, 2011

Org Mude Jawab Lokman Nor Adam manusia HIPOKRIT...

Orang Mude Tepoh akan jawab.......

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu menjadi sasaran kritikan oleh bekas orang kuatnya yang menyertai Umno, tetapi malam tadi, isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga turut menerima nasib sama.


NONEDalam ceramah di Bayan Baru, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.

Mengejutkan, ada yang sampai mencecah harga RM8,000 dan dia biasanya menempah 20 pasang setahun, dakwa Lokman.pkr convention 281110 wan azizah wan ismail

Orang Mude nak jawab soalan ini dengan ertanyaan
kepada Lokman balik iaitu;

i. Kenapa sekarang perkara ni baru nak dibangkitkan, bukan dari dulu lagi....

ii. Kenapa tak dibangkitkan budaya ROSMAH berbelanja MEWAH... tidur di hotel dgn harga RM 100 K semalaman......

iii. Kenapa tak dibangkitkan isu Najib telah berbelanja sebanyak RM 37 K SEHARI sepanjang setahun dia jadi PM...???? Ke nak bangkit bila.... bila Najib join Pakatan...????

Org Mude juga boleh membuat andaian iaitu;

i. Sememangnya budaya orang UMNooooOO berbelanja mewah... sebab perkara ini terjadi semasa DSWAI tapi RAHSIA ini hanya terbongkar bila keluar dari UmNooOOO dgn niat memberikan imej yang buruk....

Bagaimanapun, menyedihkan, tambah Lokman, apabila beliau dan beberapa yang lain ditahan bawah ISA di Kamunting dariapda 2001 hingga 2003, Wan Azizah didakwa tidak banyak membantu mengurangkan beban keluarga terbabit.

Dakwa Lokman, hanya NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berusaha menolong anggota keluarga sehinggalah mereka kehabisan dana.

Lokman oiiii.... GMI tu sapa yang pimpin.... UmNOOoooOO ke.... kenapa tak persoalkan Kenapa UmNOooo tangkat kamu secara tidak sah....... ke kamu nak mengaku yang memang bersalah...

Sehubungan itu, beliau menyoal, apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian - daripada 20 kepada 18 - supaya wang itu dapat disumbangkan kepada anggota keluarga tahanan ISA.

Wei lah Lokman oiiii.... kalau bercakap tu biarlah pakai Otak....
Kau cerita tentang baju yang DSWAI beli masa DSAI jadi TPM...... keluarga ISA tu lepas DSAI masuk penjara.... apa korelasinya...???? cakap pakai kepala lutut ke...????

Katanya, Wan Azizah juga tidak memberikan sumbangan duit raya RM500 kepada setiap keluarga seperti diarahkan Anwar ketika masih ramai ditahan ISA.

Yang ni... no komen sebab tiada fakta.......

Himpunan 30ribu Pemuda Malaysia