Majlis perlepasan XPDC. Penolong ketua Pemuda, saudara Yusri sedang memberikan ucapan sambil diperhatikan oleh semua peserta termasuk U Abu Bakar Abdullah.
Alhamdulillah pada 8 dan 9 Oktober 2010, seramai 20 orang pemuda Dun Tepoh telah meneruskan XPDC Gunung Stong. Sebagai Pengarah program, Cikgu telah turut sama bersama dengan 19 orang pemuda lain untuk XPDC tersebut. Gambar-gambar akan diupdate kan.
Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan dimulakan dengan ucapan Penolong Ketua Pemuda dan seterusnya diiukuti oleh ucapan Ustaz Abu Bakar Abdullah seterusnya membacakan doa supaya perjalanan peserta XPDC dilindungi ALLAH hendaknya.
Rombongan XPDC selamat tiba di Dabong, Jeli dan berhenti rehat untuk makan tengahari dan bersolat Jumaat pada kira-kira jam 12 tengahari. ...Selepas bersolat Jumaat, rombongan meneruskan cabaran pertama dengan merentasi 3 buat Gua yang terdapat disekitaran iaitu Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Kelam....
Gambar sekitar Gua Pagar....Taklimat dan penerangan diberikan oleh Guide Abe Lan bagaimana Gua Pagar mendapat nama...
Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat...
Evolusi tumbuhan juga dapat dilihat di sini... bermula dengan tumbuhan satu daun....
Tumbuhan banyak daun....
Bergambar di luar Gua Pagar....
Bergambar di hadapan arca keris .... di dalam Gua Keris....
Arca keris wujud hasil daripada proses Stalagtik & Stalakmit...(betul tak ejaan tu)
Keluar dari Gua Kelam... Tiada gambar yang dapat diambil..sebab Gelap....
Bergambar di hadapan Gua Ikan....
No comments:
Post a Comment