Thursday, November 18, 2010

Lagi Gambar Menarik XPDC Gunung Stong

Mencatatkan nama untuk mendapatkan sijil pendakian

Berehat sebentar di tengah2 perjalanan


Menantikan mentari pagi terbit.... sungguh menarik, tenang dan damai....

Sempat lagi bergambar dengan Group Fanatik Wakaf Tengah.... hahahhaa....

Kuatnya possing... pantang jumpa lokasi....

Bergambar bersama peminat di puncak Gunung Stong.... jinaknya tupai di sini.....



Cikgu menerima 6 keping gambar kiriman peserta XPDC untuk diuploadkan di dalam blog... terima kasih kepada Mie....

Kepada mana2 lagi peserta yang mempunyai gambar2 menarik untuk diuploadkan di sini.... kirimkan kepada cikgu melalui email Cikgu di alamat mfauzi_72@yahoo.com dalam bentuk JPEG... Insyallah Cikgu akan uploadkan semuanya.... asalkan menarik....

XPDC Gunung Stong bersama Pemuda Dun Tepoh - Eksplorasi 3 Gua...

Setelah selesai mengeksplorasi 3 gua, rombongan XPDC menuju ke Stong Resort untuk memulakan pendakian ke Kem Baha.



Wow... tinggi lagi le.... di punca air terjun iutlah terletaknya kem baha...

Menyeberangi aliran air terjun menuju ke Kem Baha...


Ekspresi peserta kebuluran.... punya semangat menenyeh jem di roti tanpa melihat sekeliling...
Ni nak buat apa ni Cikgu Ding.... aik...pakai cucoq segera je ke...???

Laaaa..... Cikgu Dingggg.... buat cucuq ke main pondok2... awat sampai ke muka.... tak masak lagi tu...jangan makan lagi....


Ust Iwami & Ust Khairi makan menda tu.... masok dok agi...???


Di LARANG menggunakan Handphone...??? Mentang-mentanglah line penuh.... atas bukit pun tetap meneruskan komunikasi.....hebat..hebat.... ke bagi laporan....

Sedih je tengok.... kesian pulak tengok.... tapi senyuman tu macam puas hati.... confius....

Bersedia untuk mendaki Gunung Stong pada pagi Sabtu... straching di ketuai oleh saudara Kamaruddin...

Bergambar sebelum mendaki Gunung.... 4 jam tu......

Akhirnya... banner XPDC Gunung Stong Pemuda Dun Tepoh berjaya dikibarkan di puncak Gunung Stong dengan bangganya.... amboi Cikgu sorang tu..seksi plak....

Dengan bangganya mengistiharkan Pemuda Dun Tepoh telah berjaya sampai ke Gunung Stong yang berada pada ketinggian 1400 meter dari paras laut.... TAKBIR !

XPDC Gunung Stong bersama Pemuda Dun Tepoh




Majlis perlepasan XPDC. Penolong ketua Pemuda, saudara Yusri sedang memberikan ucapan sambil diperhatikan oleh semua peserta termasuk U Abu Bakar Abdullah.
Alhamdulillah pada 8 dan 9 Oktober 2010, seramai 20 orang pemuda Dun Tepoh telah meneruskan XPDC Gunung Stong. Sebagai Pengarah program, Cikgu telah turut sama bersama dengan 19 orang pemuda lain untuk XPDC tersebut. Gambar-gambar akan diupdate kan.


Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan dimulakan dengan ucapan Penolong Ketua Pemuda dan seterusnya diiukuti oleh ucapan Ustaz Abu Bakar Abdullah seterusnya membacakan doa supaya perjalanan peserta XPDC dilindungi ALLAH hendaknya.

Rombongan XPDC selamat tiba di Dabong, Jeli dan berhenti rehat untuk makan tengahari dan bersolat Jumaat pada kira-kira jam 12 tengahari. ...Selepas bersolat Jumaat, rombongan meneruskan cabaran pertama dengan merentasi 3 buat Gua yang terdapat disekitaran iaitu Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Kelam....

Para peserta XPDC memulakan pendakian ke Gua Pagar... leloh wei.....


Gambar sekitar Gua Pagar....Taklimat dan penerangan diberikan oleh Guide Abe Lan bagaimana Gua Pagar mendapat nama...

Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat...



Evolusi tumbuhan juga dapat dilihat di sini... bermula dengan tumbuhan satu daun....


Tumbuhan banyak daun....

Bergambar di luar Gua Pagar....

Bergambar di hadapan arca keris .... di dalam Gua Keris....
Arca keris wujud hasil daripada proses Stalagtik & Stalakmit...(betul tak ejaan tu)

Keluar dari Gua Kelam... Tiada gambar yang dapat diambil..sebab Gelap....


Bergambar di hadapan Gua Ikan....

JADUAL AKTIVITI PEMUDA TEPOH

Alhamdulillah, hasil daripada Brainstorm (cambah minda) yang diadakan baru-baru ini di Pejabat Pemuda Tepoh, PPT telah merancang beberapa aktiviti untuk dijalankan sehinggalah berlaku pertukaran Jawatankuasa baru yang dijangkakan akan berlaku pada bulan Mac 2011 nanti.

Antara program yang dirancang adalah seperti berikut;

i. Usrah bulanan Tarikh : 22/11/10 Tempat : Pejabat Pemuda Masa : Isya' Berjamaah

- Pengarah : Ust Iwami & Ust Manas


ii. Muqayyam Amal Tarikh : KIV Tempat : Air Terjun belukar Bukit

- Pengarah : Pengarah Amal


iii. XPDC Kinabalu Tarikh : KIV Tempat : Gunung Kinabalu

- Pendaftaran boleh dilakukan, hubungi Cikgu Fauzi

- Terhad kepda 20 peserta pertama mengisi borang & bayar duit sebanyak RM 150

- Pengarah : Cikgu Fauzi

iv Perlawanan persahabatan Bowling Tarikh : 6/12/10 Tempat : TER Masa : Isyak di TER

- Perlawanan antara AJK Pemuda, Ketua Pemuda Cawangan & Amal Tepoh
- Pengarah : Raja


v Kem Remaja Tarikh : 11 & 12 Disember Tempat : Chaley Anness

- Pengarah : Ust Khairi

- Program Kawasan

- Sasaran : Waja, pelajar sekolah


vi Plawanan persahabatan Ping Pong Tarikh : 21/1/11 Masa : 3 ptg Tempat : Markas Tarbiyyah

- Perlawanan antara AJK Pemuda, Ketua Pemuda Cawangan & Amal Tepoh
- Pengarah : Zufli

vii XPDC ke Negeri pakatan Tarikh : 3,4 & 5 Februari Tempat : Kedah & Pulau Pinang

- Terbuka kepada semua pemuda Dun Tepoh

- Kenderaan samada motosikal @ kereta

- Perjalanan secara berkonvoi

- Pengarah : Cikgu Din & Piang


viii Program Ekonomi " Basuh Kereta Amal Pemuda Tepoh " Tarikh : 25/2/2011 Masa : 8 pg-12 tghr

- Tempat : Hadapan Tadika Tahfiz Gemilang (sekitar)

- Semua AJK dan ketua Pemuda terlibat

- Pengarah : Yusri & Pok Ya


ix Program Jamuan Laksa Tarikh : 4/3/2011 Masa : Lepas Jumaat Tempat : Masjid batu 6
- Melibatkan semua AJK Pemuda & Ketua Cawangan
- Tujuan adalah utk dana PRU dan aktiviti Pemuda Tepoh
- Pengarah : Jo Bukit Berangan

x Perasmian Pejabat Pemuda & Ceramah Perdana Tarikh : 4/3/2011 Tempat : Pejabat Pemuda
Masa : Lepas Asar - malam
- Perasmian Oleh : Ketua Pemuda Pusat
- Ceramah Perdana :
i. Ust Azhar Idrus ( Tindakan Raja )
ii. Ust Nasaruddin Tantawi ( Tindakan Yusri )
iii. Ust Abu Bakar Abdullah (YDP)
iv. Pengerusi Majlis - Ust Hishamuddin Karim ( Tindakan C Fauzi )
- Pengarah : Ketua Pemuda Tepoh

xi
Program Berkayak Pemuda Tepoh Tarikh :11 & 12 /3/ 2011
Tempat : Belukar Bukit - Kg TeLaga...
- Terbuka kepada pemuda Dun Tepoh

- Pengarah : Kamarudin

xii . Hi- T Bersama Abe Mat Tarikh : KIV Masa : KIV Tempat : KIV

- Penentuan Tarikh & Masa, tindakan mat Tok Siak

- Tujuan utk mengumpul Dana PRU & aktiviti pemuda Tepoh

- Pengarah : Cikgu Ding

Semoga segala perancangan dipermudahkan oleh ALLAH dan diberkatinya demi menjana kemenangan di Dun Tepoh... Takbir...