Wednesday, July 13, 2011

Kalau cincin berlian yang dikenali sebagai ‘Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut” itu berharga USD24,458,400.00 atau lebihkurang RM74 Juta.. korang agak berapa pula harga Zebra Safari Bangle yang juga dibeli dari Jacob & Co??


Rosmah (Bini Najib)menggayakan Zebra Safari Bangle


Zebra print pave diamond bangle from Safari collection.
Features: white and black pave diamonds total carat weight 65.77 in 18k white gold.





Artikel penuh sila baca di SINI

www.darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/07/cincin-rm74-juta-bangle-ini-pula-berapa.html

Saturday, July 2, 2011

Kejohanan FUTSAL Piala Ketua Pemuda Tepoh



Gong Badak, seramai 32 buah pasukan telah mendaftar untuk mengikuti kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS DUn Tepoh yang pertama kalinya diadakan. Permainan bermula kira-kira jam 8.45 pagi dan telah berakhir pada jam 7 pertang.

Johan keseluruhan telah dimenangi oleh kumpulan Tou Layang dari Cawangan Taman Permint Makmur. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Pemenang membawa balik Piala Pusingan, medal dan duit sebanyak RM 300.













Tuesday, June 28, 2011

WOW...bil Api PM & TPM = RM 160 000 Sebulan....

Bil elektrik PM, TPM - RM160,000 sebulan

Sapa yang bayar...Rakyat juga yang bayar.... tu yang mereka tak kesah...sebab bukan duit sendiri......

Kerajaan diminta memberikan penjelasan berhubung kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat cermat berikutan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Maria Mahmud berkata ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang juga hadir pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan kira mengikut bulanan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Ini bermakna jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

Saturday, June 25, 2011

Bersama Mandi Sungai ....





Santai-santai melepaskan penat... mandi di sungai...... Cantek kawasan...kalau buat PGU kan sini pun ok.....