Thursday, December 30, 2010

Gambar Sekitar Lawatan YB Ust Md Nor Hamzah ke Bilik Gerakan Pemuda Tepoh






s



Gong Badak, 30 Disember 2010 - Satu lawatan serta pertemuan telah diadakan di antara Ketua Pemuda PAS Terengganu dengan Pemuda-pemuda PAS Dun Tepoh. Dikesempatan lawatan dan temu mata tersebut, Al Fadhil ustaz telah berpesan kepada semua pemuda kenapa dan mengapa mereka WAJIB menyokong perjuangan PAS.

Friday, December 24, 2010

TAHNIAH !!! Seminar PAS ganti UmNooo berjaya dijalankan dengan Cemerlang...

Kuala Terengganu, 24 Disember 2010 - Tahniah kepada PAS Terengganu kerana telah berjaya menganjurkan satu Seminar PAS Ganti UmNOooooo.... Selain daripada itu, TAHNIAH juga diucapkan kepada seluruh ahli PAS Terengganu kerana kehadiran di dalam Seminar yang dianjurkan sangat-sangat mendapat sambutan menggalakkan. Penganjur menjangkakan seramai 620 orang akan hadir namun kehadiran mencecah 1300 orang..., 2 kali ganda..... Tahniah...Tahniah...Tahniah.....

Semoga Seminar ini menjadi titik tolak kepada kejayaan menjatuhkan UmNOooooo di Terengganu dan di Malaysia amnya.... Takbir....










Gotong Royong Mengecat Bilik Gerakan Pemuda Tepoh...

Alhamdulillah.... selama 2 hari gotong royong mengecat dan mencantikkan Bilik Gerakan Pemuda Dun Tepoh telah dilaksanakan dengan jayanya oleh sahabat2 dengan kos tak sampai RM 150. Terima kasih kepada Aidil kerana menyumbangkan cat-cat yang harganya tidak kurang daripada Rm 500. Terima kasih juga kepada sahabat2 yang telah menyumbang tenaga dan ide bagi mencerikan bilik gerakan kita.... kepada Amal Tepoh..... beramal kerana Allah.. tahniah dan terima kasih..... Takbir..... Pemuda Tepoh Menempoh cabaran.... maju ke depan....









Monday, December 13, 2010

TOLAK UmNooooo


Pemuda PAS Dun Tepoh TOLAK Buku Dr Mujahid.... Kami sokong Ulama Pelapis

KUALA LUMPUR, 9 Dis ─ Buku terbaru Dr Mujahid Yusuf Rawa, “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, yang berada di pasaran sejak September lalu mencetuskan kontroversi dengan Ulama Pelapis parti Islam itu mahu beberapa perkara yang diketengahkannya dikaji semula.

Ahli jawatankuasa Ulama Pelapis Azharudin Mat Said berkata, keputusan itu diambil oleh 32 pakar syariah dari seluruh negara, yang merupakan anggota sayap itu, pada stau muzakarah mengenai buku tulisan Mujahid di ibu negara, Ahad lalu.

“Kami tidak menolak bulat-bulat buku ini tetapi ada beberapa perkara yang yang perlu diteliti semula... ini keputusan 32 pakar syariah, mereka merasakan ada perkara yang perlu dikaji semula,” kata beliau pada diskusi mengenai buku itu yang diadakan di sini malam tadi.

“Ya memang buku ini mencetuskan polemik baru, ada pandangan mengatakan bahawa buku ini diluluskan oleh PAS... itu yang kami terima sebagai maklum balas,” katanya yang membahaskan buku itu dari sudut syariah.

Muzakarah itu juga mendakwa kandungan buku itu tersasar daripada keadaan sebenar dalam PAS. Sehubungan itu kata beliau, pihaknya kemungkinan akan mengeluarkan satu buku bagi menjawab hujah-hujah yang diketengahkan oleh Mujahid.

Hasil muzakarah dijangka akan dikeluarkan secara rasmi dalam beberapa hari lagi. Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat hadir sama pada majlis diskusi, yang majoriti hadirin merupakan golongan mula.

Ketika menjawab kenyataan mengenai keputusan itu, Mujahid berkata, “saya menghormati keputusan itu, tetapi keputusan itu dibuat tanpa memanggil penulis untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam buku.”

Beliau yang kelihatan telah menjangkakan implikasi sedemikian kemudian memberitahu The Malaysian Insider, “ini sebahagian daripada pandangan yang diterima.”

“Kita ada pelbagai pandangan mengenai hujah yang saya ketengahkan dalam buku... anda sendiri telah menyaksikan keadaan ini malam ini,” kata Mujahid yang ayahnya merupakan bekas presiden PAS. Buku itu diterbitkan oleh The Malaysian Insider.

“Banyak perkara kena tengok balik, tapi bukan kami hendak menolak... usaha Dr Mujahid ini kami hargai.

“Ini kematangan yang kita amalkan dalam PAS, di mana kami berbincang,” katanya lagi. Dalam bukunya, Mujahid mengesyorkan agar PAS yang menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat, perlu mengambil langkah “menasionalkan” parti iaitu menjadikannya “parti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.”

Kata beliau, PAS perlu menonjolkan ciri-ciri nasional yang mampu memberi keyakinan kepada orang ramai tentang komitmennya terhadap tonggak negara bangsa.

“Persoalan ini timbul berlatangbelakangkan persepsi yang ditanggap oleh orang ramai bahawa PAS bukan parti nasional yang ada kaitan dengan semangat negara bangsa, malah dakwaan PAS keluar dari kerangka perlembagaan dan kebimbangan PAS tidak membawa aspirasi nasional adalah kebimbangan yang berasas,” kata Mujahid dalam buku itu.

Mujahid menambah, kebimbangan itu sebenarnya adalah persepsi orang ramai kepada kepada PAS hasil daripada ungkapan-ungkapan pemimpin dan ahli PAS yang seolah-olah menafikan Perlembagaan Persekutuan.

Anak bekas Mursyidul Am PAS ini menambah, semasa awal kepimpinan ulama sehingga ke hari ini ungkapan bahawa Perlembagaan Persekutuan dilabel sebagai perlembagaan “Taghut” dan dianggap sebagai sebuah “Perlembagaan Kafir”.

“Tanggapan ini terbentuk dalam melihat dan membuat perbandingan antara dasar PAS iaitu al-Quran yang ‘diintepretasikan’ sebagai Perlembagaan dengan Perlembagaan Persekutuan yang ada.

“Pelabelan secara umum dan tanpa melihat perincian kepada keperluan-keperluan semasa dalam konteks kenegaraan telah menimbulkan satu masalah kepada PAS seolah-olah PAS masih lagi belum mampu meneraju politik negara ini kerana ciri ‘nasionalnya’ yang belum kuat dan meyakinkan rakyat Malaysia,” kata beliau.

Buku itu menggariskan senarai krisis dilalui PAS yang kini berusia enam dekad. Dalam buku setebal 194 halaman itu, Mujahid menambah, kesan silap faham ini menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya keengganan parti untuk menyanyikan lagu Negara Ku atas alasan tidak syariah dan sekali gus menampakkan kurangnya ciri nasionalistik PAS secara simboliknya.

Mujahid berkata, sebagai sebuah parti nasional, PAS perlu melihat dirinya berdiri di atas premis Perlembagaan Persekutuan dan untuk menjelmakan premis ini PAS perlu mengambil lima langkah organisasi.

Antaranya ialah memasukkan dalam latihan pengkaderannya satu modul khas tentang Perlembagaan Persekutuan dan membentuk identiti nasional dalam program-program parti melalui simbol yang melambangkan komitmen nasional PAS seperti mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu Negara Ku.

Isu berdiri di atas Perlembagaan Persekutuan dan mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negara Ku juga dibangkitkan oleh Azharudin.

Menurut Azharudin, perkara-perkara tidak perlu dibangkitkan sebagai syor memandangkan PAS telah pun menjadikan sebagai amalan politik semasa.

“Saya sendiri menaikkan bendera PAS dan juga Jalur Gemilang pada Hari Kebangsaan, begitu juga kami menyanyikan lagu Negara Ku... PAS juga bergerak atas landasan demokrasi yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan (walaupun perjuangan dasar Islam), jadi mengapa perlu meminta agar PAS berubah?” kata Azharudin lagi.

“Kalau ada satu dua kes, kita tidak boleh menjadikan ia sebagai senario nasional, ia hanya kes-kes terpencil,” katanya lagi.

Gambar Sekitar Perlawanan Persahabatan Pemuda Dun Tepoh DGN Amal Dun Tepoh

TER, Kuala Ibai - Akhirnya Dewan Pemuda PAS DUN Tepoh berjaya mengadakan perlawanan persahabatan di antara Pemuda PAS Dun Tepoh dengan Amal Dun Tepoh. Seramai 36 orang pemuda dan petua (amal, jangan marah) telah menjayakan perlawanan ini. Majlis yang bermula pada jam 9 malam dan sepatutnya berakhir pada kira-kira jam 10 telah berakhir pada kira-kira jam 10.30 kerana masing-masing telah menambah masa permainan disebabkan terlalu seronok.

Walaupun ramai di kalangan mereka, permainan pada malam tersebut adalah sentuhan permainan kali pertama, tetapi selepas bermain 3 pusingan, ramai yang telah berjaya mengambil rentak permainan terutama saudara Yusri ( T. Ketua Pemuda) dan juga Cikgu A Kamal.

Kemenangan diberikan kepada semua kumpulan kerana kesungguhan mereka untuk bersama di dalam perlawanan persahabatan ini. Kejayaan mengumpulkan kira-kira 36 orang dari Dun Tepoh juga merupakan kejayaan besar DPPDT. Tahniah kepada saudara Pengarah Program, Raja Arizal.

Insyallah, Pemuda Dun Tepoh akan cuba berusaha untuk menjadi penganjur kepada Kejohanan Bowling Pemuda kawasan Kuala Nerus, Piala Ketua Pemuda kot.....














Thursday, December 9, 2010

Perlawanan Persahabatan Pemuda PAS Tepoh & Amal Tepoh

Salam

Dewan Pem,uda PAS Dun Tepoh akan mengadakan perlawanan persahabatan di antara DewaPemuda Pas (Exco, harian dan Ketua Pemuda) dengan Amal Tepoh. Maklumat berkaitan program adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 Disember 2010
Hari : Ahad malam
Tempat : TER
Masa : Isyak Berjamaah di Surau TER
Yuran : RM 7 sahaja

Semua ketua-ketua pemuda Dun Tepoh bersama AJK cawangan Pemuda masing-masing adalah dijemput.

PERHATIAN
:::: jangan hadir lewat kerana kita hanya menempah tempah selama 1 jam sahaja....

bagi tujuan pendaftaran; hantarkan komen dengan memberikan nama, cawangan dan phone number anda.... Jazakallah...

Putrajaya Jatuh, Umno Akan Kelaparan

Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam hari ini.

Parti Islam Se-Malaysia berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat. Mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui pemimpin Umno. Mereka hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan. Pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda. Mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar .

Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat. Seantario dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun. Sekarang kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegalan umno mentadbir negara. Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka.

Tuduhan Muhyidin Yasin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”. PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib. Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?

PAS mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan berikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang. Jika BN menang segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan. Air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal dunia, warisnya akan mendapat RM2500 akan hilang. Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Apabila UmNooo bercakap Tentang Ketuanan Melayu


Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.


Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.


Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini.

· Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak


· Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?


Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau.

· Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

· Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

· Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

· Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

· Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno.

· Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat





Thursday, November 18, 2010

Lagi Gambar Menarik XPDC Gunung Stong

Mencatatkan nama untuk mendapatkan sijil pendakian

Berehat sebentar di tengah2 perjalanan


Menantikan mentari pagi terbit.... sungguh menarik, tenang dan damai....

Sempat lagi bergambar dengan Group Fanatik Wakaf Tengah.... hahahhaa....

Kuatnya possing... pantang jumpa lokasi....

Bergambar bersama peminat di puncak Gunung Stong.... jinaknya tupai di sini.....



Cikgu menerima 6 keping gambar kiriman peserta XPDC untuk diuploadkan di dalam blog... terima kasih kepada Mie....

Kepada mana2 lagi peserta yang mempunyai gambar2 menarik untuk diuploadkan di sini.... kirimkan kepada cikgu melalui email Cikgu di alamat mfauzi_72@yahoo.com dalam bentuk JPEG... Insyallah Cikgu akan uploadkan semuanya.... asalkan menarik....

XPDC Gunung Stong bersama Pemuda Dun Tepoh - Eksplorasi 3 Gua...

Setelah selesai mengeksplorasi 3 gua, rombongan XPDC menuju ke Stong Resort untuk memulakan pendakian ke Kem Baha.



Wow... tinggi lagi le.... di punca air terjun iutlah terletaknya kem baha...

Menyeberangi aliran air terjun menuju ke Kem Baha...


Ekspresi peserta kebuluran.... punya semangat menenyeh jem di roti tanpa melihat sekeliling...
Ni nak buat apa ni Cikgu Ding.... aik...pakai cucoq segera je ke...???

Laaaa..... Cikgu Dingggg.... buat cucuq ke main pondok2... awat sampai ke muka.... tak masak lagi tu...jangan makan lagi....


Ust Iwami & Ust Khairi makan menda tu.... masok dok agi...???


Di LARANG menggunakan Handphone...??? Mentang-mentanglah line penuh.... atas bukit pun tetap meneruskan komunikasi.....hebat..hebat.... ke bagi laporan....

Sedih je tengok.... kesian pulak tengok.... tapi senyuman tu macam puas hati.... confius....

Bersedia untuk mendaki Gunung Stong pada pagi Sabtu... straching di ketuai oleh saudara Kamaruddin...

Bergambar sebelum mendaki Gunung.... 4 jam tu......

Akhirnya... banner XPDC Gunung Stong Pemuda Dun Tepoh berjaya dikibarkan di puncak Gunung Stong dengan bangganya.... amboi Cikgu sorang tu..seksi plak....

Dengan bangganya mengistiharkan Pemuda Dun Tepoh telah berjaya sampai ke Gunung Stong yang berada pada ketinggian 1400 meter dari paras laut.... TAKBIR !